Keputusan Manchester United Lawan Southampton

Manchester United meneruskann misi mara ke puncak liga setelah menang dengan Southampton lewat malam tadi di Stadium St. Mary. United menang 3-2 menerusi jaringan hatrik van Persie dan gol-gol Southampton dijaringkan oleh Lambert dan M.Schneiderlin.


Perlawanan bermula dengan agak hambar di mana United bermain dengan rentak perlahan dan kelihatan memandang rendah pihak lawan. United dikejutkan dahulu dengan jaringan gol tuan rumah pada minit ke-16. Robin van Persie membuktikan ketepatan penyudahnya dengan merembat cantik gol penyamaan pada minit ke-23.

Separuh masa kedua menyaksikan rentak permainan yang agak laju di mana kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Akhirnya gol United dibolosi sekali lagi pada minit ke-56 oleh M.Schneiderlin menyaksikan United ketinggalan kali kedua kepada tuan rumah. Setelah jaringan tersebut, Sir Alex Ferguson telah melakukan dua pertukaran serentak dengan memasukkan Paul Scholes dan Nani menggantikan Cleverly dan Kagawa.

United mendapat sepakan penalti setelah van Persie dikasari dalam kotak penalti namun sepakan tersebut disia-siakan oleh van Persie. Sir Alex Ferguson melakukan pertukaran seterusnya dengan menukarkan Welbeck dengan Chicharito untuk membantu bahagian serangan yang kelihatan semakin tidak bermaya. Akhirnya van Persie menebus kesilapannya dengan menjaringkan gol penyamaan sekali lagi pada minit ke-87. Kemudian hero baru United ini menjaringkan hatrik pertamanya bersama Manchester United dengan menanduk cantik tendangan sudut pada minit 90.

Walaupun menang, United masih kelihatan terumbang ambing dengan pertahanan yang masih senang dibolosi dan tidak konsisten dengan beberapa tonggak pertahanan yang masih cedera.







Samir Nasri Ucapkan Eid Mubarak apabila dia menjaringkan goal

Pemain Perancis Samir Nasri yang kini bermain untuk club Liga Inggris Manchester City mengucapkan "Eid Mubarak"dan  dia juga menjaringkan goal kemenangan bagi Manchester City dalam pertandingan perdana mereka hari ini Ahad 19/08.

Samir Nasri dikenal sebagai pemain muda asal Perancis yang beragama Islam.

Sebelum pertandingan hari ini, Samir Nasri juga telah mengucapkan Selamat Hari Raya Iedul Fitri untuk Muslim melalui laman resmi Twitternya.




Keputusan Malaysia Vs Arsenal



Biarpun ramai yang sudah menduga keputusan Arsenal lawan Malaysia selepas aksi 90 minit,tetapi harapan sebenar dari penyokong setia Harimau Malaya adalah untuk menyaksikan tentangan dan corak permainan yang menarik daripada anak buah K.Rajagobal malam ini di Stadium Bukit Jalil

Sejarah pertemuan lalu,skuad kendalian Datuk K. Rajagobal bagaikan belajar erti sebenar bola sepak dunia apabila tewas 0-4 hasil jaringan Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Thomas Rosicky

Bak kata pepatah,barang yang lepas jangan dikenang,namun Harimau Malaya masih berkesempatan lagi untuk memadam luka lama apabila kembali berdepan The Gunners di gelanggang yang sama malam ini

Mampukah Malaysia mencipta kejutan dan mengubah skrip perlawanan terdahulu?Ikuti keputusan yang akan dikemaskini secara live score dalam ruangan ini
Keputusan Arsenal vs Malaysia 2012 Asia TourINTERNATIONAL FRIENDLY MATCH STATUS
Malaysia ( 1 ) – ( 2 ) Arsenal keputusan Penuh


Gol Malaysia – Azmi Muslim 45′+2

Gol Arsenal – Thomas Eisfeld 87′,Chuks Aneke 89′






Keputusan Kelantan Vs QPR


Gambar pemain QPR yang beraksi menentang Kelantan

Pasukan ' The Red Warriors ' Kelantan kalah 0-5 kepada Queens Park Rangers dalam aksi perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, Selangor malam tadi.

Dalam perlawanan itu, QPR membuka tirai jaringan menerusi Gol Shaun Wright Phillips pada minit ke 16 permainan.

QPR menambah gol kedua menerusi jaringan Harriman pada minit ke 52. Mackie meletakkan QPR 3-0 didepan. Pemain gantian, Bobby Zamora mudah menjaringkan gol keempat pada minit ke 81.

Heidar Helguson menambah gol kelima pada minit ke 90. Keputusan penuh QPR 5-0 Kelantan.




Harga Tiket Kelantan vs QPR 20 Julai 2012


Informasi kepada kedua-dua peminat bola sepak dimaklumkan bahawa harga ticket pertemuan Kelantan lawan Queens Park Rangers berharga di antara RM73 (utama), RM53 (terbuka) dan RM33 (tingkat atas)

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada pukul 9.15 malam

Tiket boleh didapati secara online menerusi laman web AirAsia RedTix di url www.airasiaredtix.com

Ataupun membeli secara terus di KL Live Centre, Rock Corner Gardens, Mid Valley, Suria KLCC, Subang Parade, The Curve, One Utama Victoria Music di Sungai Wang Plaza, Amcorp Mall, Tropicana City Mall dan Bangsar Shopping Centre

Harga Tiket Malaysia vs Arsenal -24 July 2012


Pasukan Arsenal datang lagi ke Malaysia,setelah menerima sambutan hangat pada Jelajah Asia tahun lalu dan untuk tahun ini skuad kendalian Arsene Wenger akan beraksi bersama Harimau Malaya pada 24 Julai 2012 di Stadium Bukit Jalil.

Pastinya semua peminat The Gunners sekali lagi tidak sabar untuk melihat aksi mereka bermain dengan skuad negara.Pada tahun lalu Arsenal menewaskan Malaysia 4-0

Arsenal juga dijangka menurunkan pemain-pemain utama antaranya Robin Van Persie, Mikel Arteta, Tomas Rosicky dan pemain baru, Lukas Podolski serta lain-lain pada aksi pertemuan terbaru ini

Mengenai ticket perlawanan akan dijual di kedai barangan sukan Nike yang terpilih mulai 22 Jun pada harga RM58, RM68, RM108 dan RM388

Maklumat lanjut berkaitan tiket perlawanan sila layari laman rasmi ticketpro di url http://www.ticketpro.com.my

Tiket Malaysia vs Man City RM10 di gerai 1M4u ( 1Malaysia For Youth) KLCC


Kira-Kira 15,000 ticket, yang berharga RM10 bagi perlawanan bola sepak antara pasukan kebangsaan Malaysia dan Manchester City, boleh didapati di gerai yang ditetapkan sepanjang program 1Malaysia For Youth (1M4U) di KLCC, pada Ahad ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengumumkan perkara itu di laman Facebook dan Twitter beliau berkata, sebahagian besar keuntungan jualan tiket itu akan disalur kepada badan amal

“Berikutan kenyataan oleh MCFC (Kelab Bolasepak Manchester City), saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa peminat bola sepak Malaysia kini berpeluang menonton perlawanan antara Malaysia dan Manchester City Football Club pada harga istimewa

“Sebagai permulaan, saya telah meminta agar 15,000 tiket disediakan di gerai yang ditetapkan sepanjang penganjuran 1M4U di KLCC Ahad ini. Harga tiket ialah RM10. Jumpa anda di sana!,” katanya dalam catatan terbaru Facebook beliau Perlawanan persahabatan itu akan bermula pukul 9.45 malam pada 30 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil