Keputusan Manchester United Lawan Southampton

Manchester United meneruskann misi mara ke puncak liga setelah menang dengan Southampton lewat malam tadi di Stadium St. Mary. United menang 3-2 menerusi jaringan hatrik van Persie dan gol-gol Southampton dijaringkan oleh Lambert dan M.Schneiderlin.


Perlawanan bermula dengan agak hambar di mana United bermain dengan rentak perlahan dan kelihatan memandang rendah pihak lawan. United dikejutkan dahulu dengan jaringan gol tuan rumah pada minit ke-16. Robin van Persie membuktikan ketepatan penyudahnya dengan merembat cantik gol penyamaan pada minit ke-23.

Separuh masa kedua menyaksikan rentak permainan yang agak laju di mana kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Akhirnya gol United dibolosi sekali lagi pada minit ke-56 oleh M.Schneiderlin menyaksikan United ketinggalan kali kedua kepada tuan rumah. Setelah jaringan tersebut, Sir Alex Ferguson telah melakukan dua pertukaran serentak dengan memasukkan Paul Scholes dan Nani menggantikan Cleverly dan Kagawa.

United mendapat sepakan penalti setelah van Persie dikasari dalam kotak penalti namun sepakan tersebut disia-siakan oleh van Persie. Sir Alex Ferguson melakukan pertukaran seterusnya dengan menukarkan Welbeck dengan Chicharito untuk membantu bahagian serangan yang kelihatan semakin tidak bermaya. Akhirnya van Persie menebus kesilapannya dengan menjaringkan gol penyamaan sekali lagi pada minit ke-87. Kemudian hero baru United ini menjaringkan hatrik pertamanya bersama Manchester United dengan menanduk cantik tendangan sudut pada minit 90.

Walaupun menang, United masih kelihatan terumbang ambing dengan pertahanan yang masih senang dibolosi dan tidak konsisten dengan beberapa tonggak pertahanan yang masih cedera.







1 comment:

  1. mantap gan artikel nya mampir ya ke toko online jersey bola terbaru 2014/2015 kedai online jersi bola gred ori

    ReplyDelete