Berceloteh Tentang "EURO 2012"

EURO 2012 baru sahaja melabuhkan tirainya. banyak ramalan, telahan serta tekaan telah dibuat oleh peminat sukan bola sepak diseluruh dunia tidak terkecuali Malaysia. Sepanjang beberapa minggu peminat bola disajikan dengan permainan bola sepak yang bertaraf dunia. dengan pasukan pasukan elite dunia dan dibarisi oleh pemain yang bertaraf bintang, pastinya corak permainan yang ditampilkan sangat baik. Edisi kali ini saya lihat pasukan dari eropah memilih corak menyerang membuatkan perlawanan menjadi rancak. Pemain pemain pula saya lihat pemain dari kelab Manchester City mendominasi perlawanan seperti Silva, ngasri, lescott dan Balotelli. Juga pemain dari kelab no 1 dunia, Barcalona seperti Xavi, Iniesta dan Fabregas. Di sini saya ingin memberikan sedikit ulasan dan kesimpulan tentang pasukan dan pemain yang bertarung dalam gelanggang EURO 2012. Mungkin ulasan dan kesimpulan saya tidak tepat dan tidak dapat diterima oleh sesetengah orang, Jadi jika ada kesilapan harap maafkan dan betulkan saya.



Ulasan dan kesimpulan:


England

 Dibarisi oleh pemain hebat seperti frank Lampard, Gerrard, Walcot, Rooney, Ashley Young dan ramai lagi. akan tetapi bakat yang ada seakan tidak mencukupi. pasukan England nampak goyah dalam permainan. semuanya serba tidak menjadi. tambahan pula 'sumpahan' penalti masih menjadi igauan pemain england. akhirnya terpaksa pulang dengan kekalahan penalti keypad Itali. benarlah kata Buffon, liga BPL tidak berjaya menaikkan pemain kebangsaan england sebaliknya meracuni mereka.

komen Mr Jay : formasi 4-4-2 ternyata tidak menjadi. Rooney tidak mampu memberikan impak untuk England




Holland

Mempunyai barisan penyerang dan pemain tengah yang bertaraf bintang seperti Snieder, Van der vaart, Van Persie, Robben. namun tertanya itu tidak cukup untuk memastikan kemenangan kepada skuad 'oranje'. merupakan persembahan terburuk pasukan ini dalam sejarah EURO tanpa sebarang kemenangan. memulakan kempen dengan kekalahan mengejut kepada denmark, seterusnya kalah kepada Jerman dan cuba untuk bangkit pada perlawanan menentang Portugal akan tetapi ditundukkan oleh kebijaksanaan Ronaldo.

Komen Mr Jay : Barisan pertahan yang longgar memudahkan pihak lawan merobek gawang Belanda. Van Persie masih mempunyai bisa sebagai penyudah





Portugal

Pasukan yang gemar menyerang dan melakukan hantaran lintang jauh ke penjuru padang. dengan diwakili oleh pemain termahal dunia Ronaldo, Pepe, Nani dan Postiga pasukan ini tampak menggerunkan setiap kali turun menyerang di gawang pihak lawan. EURO kali ini menyaksikan kembalinya kehebatan Ronaldo dengan gol kemenangannya keatas holland dan Republic Czeh. Namun kemaraan mereka disekat oleh Spain dengan kekalahan Penalti yang disempurnakan oleh fabregas. Ronaldo tidak sempat mengambil penalti kerana diletakkan sebagai orang kelima.

komen Mr Jay: Pepe menunjukkan permainan yang cantik baik dari segi pertahanan ataupun menyerang. Ronaldo sekali lagi membuktikan mengapa dia harus dianggap pemain terbaik dunia seiring dengan nama besar Messi dan Iniesta



Germany

Jerman merupakan pasukan yang diramalkan ke final. pasukan ini tampak mudah mengalahkan pasukan pasukan lain seperti Portugal, Holland dan Greece. Pemain muda yang laju dan bertenaga menjadi tonggak serangan Jerman. mereka mempamerkan corak permainan Total football. Dibarisi oleh pemain handalan seperti Mesutt Ozil,Bastian Schweinsteiger, Muller, Klose serta Mario Gomez. Akan tetapi pasukan ini terkulai ditangan pasukan Italy.

Komen Mr Jay: Mario Gomez pada peringkat kumpulan sangat menyengat dengan gol - gol yang menakjubkan. Germany dari zaman sebelumnya merupakan pasukan yang kuat akan tetapi mereka masih gagal untuk menjadi juara seakan akan menjadi sumpahan keatas mereka.


       

Italy

Melihatkan persembahan skuad yang mendapat jolokan Azzuri ini pada peringkat kumpulan, ramai peminat tidak menjangkakan Italy mampu ke final. Ditambah lagi aksi Balotelli yang kurang meyakinkan pada awal perlawanan. namun pasukan Italy tetap mara melangkah ke suku akhir mengalahkan England dan perlawanan yang mencuri tumpuan semestinya ketika bertemu germany di peringkat separuh akhir. dengan siri serangan pantas dan kehebatan 2 jaringan gol Balotelli, Italy seakan berada dipuncak dunia. Namun perlawanan final menentang Spain lantas menyedarkan mereka bahawa mereka masih bukan saingan Sepanyol.

 Komen Mr Jay: Pirlo pada kejohanan ini sangat menyerlah dan dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik kejohanan. Balotelli mampu menyajikan sentuhan terbaiknya namun beliau harus pandai mengawal emosi





Spain Juara Euro 2012 



Tahniah kepada pasukan Sepanyol Juara Piala Dunia 2010 menjadi Juara Euro 2012 untuk kali kedua berturut dan menyertai German yang telah menjuari Piala Eropah sebanyak tiga kali. Kemenangan 4 – 0 menewaskan Italy hasil jaringan David Silva, Jordi Alba, Fernando Torres dan Juan Mata. Torres juga menjaringkan goal ketika Sepanyol menjadi juara Euro 2008. Ayam tambatah Italy, Mario Balotelli tidak mampu beraksi cemerlang kerana tidak mendapat peluang yang cukup untuk mencuba gawang gol Sepanyol. Tahniah kepada pasukan Sepanyol memanglah pasukan bola sepak yang terhebat di dunia. Tak tahulah team mana yang boleh menewaskan Sepanyol buat masa ini.



SPAIN JUARA EURO 2012




4 sebab Alba perlu ke Barcelona


Jaringan cantik pemain bek kiri, Jordi Alba yang membantu Sepanyol menang 4-0 lawan Itali untuk mempertahankan gelaran Euro membuka mata peminat bola sepak dunia.

Alba, berusia 23 tahun yang akan menyertai kelab terhebat dunia, Barcelona telah membuka lembaran baru bola sepak dengan aksinya yang menarik di kejohanan Euro 2012.

Keadaan fizikalnya yang tidak begitu tinggi tetapi lincah dan sangat cergas mencipta peluang untuk pasukan La Roja pastinya membuat peminat tertanya-tanya dari mana datangnya pemain lincah tersebut yang tiba-tiba disebut di seluruh dunia.

Bermain untuk Valencia pada musim lepas sejak 2007, Alba menjadi tunjang utama Valencia mengakhiri musim lepas di posisi ketiga di bawah Barcelona.




Mari kita lihat lima sebab mengapa Alba perlu menyertai Barcelona untuk penjadi pemain yang lebih bagus dan ternama.


1. Alba sudah bersedia untuk cabaran lebih besar

Sudah membuat 109 penampilan bersama Valencia, Alba tidaklah begitu terkenal dikalangan peminat bola sepak sebelum ini. Lariannya yang pantas, pengawalan ketat dan hantaran yang kemas membolehkan dia dipilih masuk ke dalam skuad Euro 2012 Sepanyol.


Seperti biasa skuad Sepanyol terdiri daripada pemain dari dua kelab gergasi, Barcelona dan Real Madrid. Pemain dari kelab lain yang terpilih adalah kerana mereka benar-benar seorang pemain yang hebat.


Menggantikan posisi yang ditinggal Joan Capdevila dengan keadaan masa yang sangat cepat menampakkan betapa hebatnya Alba meskipun baru membuat 10 penampilan antarabangsa.


2. Persefahaman dengan Andres Iniesta

Iniesta merupakan pemain terpenting Sepanyol dan Barcelona. Gandingan mantap Alba dan Iniesta dalam kejohanan Euro kelihatan seperti mereka sudah 10 tahun bermain bersama.

Sama-sama mencipta peluang dan gerakkan gol, persefahaman yang sangat kuat membuktikan mereka mampu bermain bersama untuk Barcelona dan bakal menguatkan lagi kelab Catalan itu.


3. Alba memahami budaya bola sepak Barcelona

Ramai yang tidak tahu bahawa Alba merupakan penuntut akademi bola sepak Barca sewaktu dia berumur 9 tahun lagi. Dilepaskan Barca pada tahun 2005, mungkin dianggap langkah yang salah tetapi ini memberi peluang Alba menimba pengalaman di luar Barca dan mampu menjadi bagus seperti sekarang ini.



Perjalanan Alba lebih kurang dengan Gerard Pique serta Cesc Fabregas. Dididik Barca dan dibentuk kelab lain sebelum kembali ke kampung halaman dengan menjadi seorang pemain yang lengkap.

4. Barca sememangnya memerlukan bek kiri

Dengan keadaaan Eric Abidal yang tidak lagi cergas seperti dahulu, bek kiri sememangnya perlu diisi segera oleh Barca. Adriano pula lebih sesuai menjadi pemain pilihan kedua.



Dengan kehadiran Alba, skuad Barcelona kini lengkap untuk memulakan misi merampas kembali gelaran La Liga serta Liga Juara-juara.




Alba- Pemain Bek Kiri





Siapa Balotelli ? Torres Lagi Hebat !

Fernando Torres memastikan dia tidak memerlukan 90 minit untuk membuktikan kehebatannya kepada Mario Balotelli ataupun penyerang-penyerang ternama dunia yang lain.

Walaupun hanya memainkan peranan sebagai pemain simpanan, Torres tidak gundah-gulana malah menerima tanggugngjawab sebagai pemain berpasukan dengan tenang.

Tidak seperti Balotelli yang menayangkan rasa tidak puashatinya kepada jurulatih Itali, Cesare Prandelli, kerana tidak menurunkannya dalam kesebelasan utama ketika menewaskan Republik Ireland, Torres merasakan kejayaan Sepanyol secara keseluruhan lebih penting daripada pencapaian individu bagi dirinya.

Mungkin itulah perbezaan paling ketara di antara kedua-dua bintang EPL tersebut. Balotelli sentiasa menganggap dirinya lebih baik daripada semua orang, malah sikap primadonanya di atas dan di luar padang sering menarik perhatian umum dan sedikit sebanyak mungkin mengganggu keharmonian bilik persalinan.

Torres pula telah berjaya menamatkan mimpi ngerinya bersama Chelsea. Pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque sedar impak Torres adalah sebagai pemain gantian dan bukan pemain utama, maka percaturan taktiknya seringkali menyaksikan bekas pemain Atletico Madrid itu lebih banyak memanaskan bangku simpanan.

Adakah Torres memberontak? Tidak sama sekali. Dia sudah lebih matang sekarang. Setiap kali dimasukkan sebagai pemain gantian, gerak badan Torres tidak lagi negatif malah menaikkan lagi semangat rakan sepasukan lain yang sudah kepenatan.

Mungkin taktik Sepanyol sedikit sebanyak membantu merencatkan pergerakan Balotelli ketika aksi final tersebut. Jika benar, maka Balotelli perlu mengubah corak permainannya agar sukar dijangka.

Kepantasan bukanlah senjata utama penyerang tersebut, namun dia tetap degil ingin menewaskan Gerard Pique ataupun Sergio Ramos ketika situasi satu-lawan-satu. Hasilnya? Itali kehilangan bola dan penguasaan permainan.

Tapi lain pula ceritanya dengan Torres. Torres menyedari dia memiliki kepantasan untuk mengeksploitasi barisan pertahanan Itali yang sudah kepenatan kerana kehilangan Thiago Motta.

Maka setiap kali dia menerima hantaran Xavi ataupun Iniesta, pertahanan Itali pasti akan kucar-kacir memikirkan pergerakan penyerang tersebut.

Balotelli pula sering meluahkan rasa tidak puashatinya setiap kali dikasari oleh Pique ataupun Ramos.

Mana tidaknya, Sepanyol betul-betul memberi tumpuan kepadanya. Torres pula dibenarkan untuk mengganas oleh Itali, yang mungkin sudah kepenatan. Namun itulah bezanya di antara kedua-dua pemain ini.

Torres menyesuaikan permainannya dengan keadaan tapi Balotelli tetap degil ingin membuktikan dirinya sahaja yang betul.

Mario Balotelli terus bernanah apabila Torres dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas Euro 2012. Oleh kerana Torres kurang beraksi berbanding Balotelli dan penyerang-penyerang lain yang turut memiliki tiga gol seperti Mario Gomez dan Alan Dzagoev, maka dia yang dipilih untuk menerima anugerah tersebut.

Mungkin ini satu pengajaran buat Balotelli, yang tidak dapat menahan kesedihan sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan. Mungkin dia perlu mengubah gaya permainannya, mungkin dia perlu mencermin diri sendiri. Walau bagaimana sekali pun, hanya Balotelli sendiri yang boleh mengubah dirinya.

Buat Torres pula, kejayaan ini sekaligus melengkapkan musim penuh suka-duka dan bermakna bagi dirinya. Sesudah dikecam seteruk-teruknya kerana kemarau gol bersama Chelsea, dia bangkit untuk membantu kelab London itu menjuarai trofi Liga Juara-juara Eropah pertama mereka dan kini Kejohanan Eropah pula buat Sepanyol.

Walaupun sekadar pemain gantian, Torres telah berjaya membuktikan dia lebih hebat daripada Balotelli.




Penyerang(Spain) Vs Penyerang(Italy)


Fernando Torres mendapat Kasut Emas Euro 2012


Mario Balotelli mendapat Kasut Emas Palsu (HAHA)



















1 comment: